Assalamualaikum sahabat!
Maedi nak berkongsi tempat penginapan yang pernah dipilih semasa bercuti ke Seoul bersama kawan-kawan yang kali pertama singgah ke negara kosmetik terbesar dunia ini. Pilihan ini mungkin sama dengan pengembara solo yang lain atau mungkin sedikit jauh tetapi murah sebab kami membeli tiket penerbangan combo bersama hotel penginapan.
*Beberapa gambar adalah ihsan carian google harap maklum!
🛏️ | 24 Guesthouse Sinchon
Address: 9 Sinchon-ro 18-gil Mapo-gu Seoul South Korea
Phone: +82 2-334 0900
Subway terdekat: Sinchon Exit 7/8
Hotspot: Area Universiti yang penuh cafe hipster
Kenapa pilih guesthouse ini?
Kali ini, penginapan dipilih oleh sahabat Maedi. Kali pertama pergi Korea belum menuntut sebarang ilmu, sekadar ikut sahaja apa yang telah kawan-kawan tentukan. Katanya di sini tempat yang pelajar-pelajar Malaysia cadangkan. Tahun ini, masih belum ramai rakyat kita pergi bercuti sendiri maka tak banyak ilmu orang ramai kongsikan. Tahun 2015, Musim Panas (8 - 15 September)
Tiket Penerbangan Pergi-Balik: RM668.80
TOTAL = RM 1,163.80
🛏️ | G Mini Hotel Dongdaemun
Subway terdekat: Sinseoldong Exit 4/5/6
Hotspot: Seoul Folk Flea Market
Address: 7 Hajeong-ro 5-gil Dongdaemun-gu Seoul South Korea
Phone: +82 2-928 6500
Kenapa pilih hotel ini?
Murah sebab Maedi dapat harga combo tiket penerbangan dan penginapan. Melihat kepada alamat seperti area Dongdaemun tapi selepas membuat tempahan, baru teringat nak tengok peta. Ya ampun! Jauh juga la naik tren. Area sini bukan bandaraya orang muda mudi dan rata-rata masyarakat sini adalah ahjussi ahjuma harabuchi halmeoni, pakcik makcik datuk nenek. Apapun, berbaloi juga sebab kami menggunakan DISCOVER SEOUL PASS dan ia telah menjadikan lokasi ini strategik untuk kami ke hulu ke hilir. Tahun 2018. Pertukaran Musim Salji-Bunga (15 - 24 Mac)
Combo Penginapan 8 Malam & Tiket Penerbangan Pergi-Balik
TOTAL = RM 1,612.37
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
🛏️ | Boa Travel House
Subway terdekat: Hongik University Exit 5/6/3
Hotspot: Hongdae Street, Fashion and Entertainment
Address: 15 Sinchon-ro 1-gil Seodaemun-gu Seoul South Korea
Phone: +82 2-323 6255
Kenapa pilih hostel ini?
Lokasi yang strategik untuk anak muda yang mahukan hiburan hingga lewat malam. Rancangan asal adalah duo trip untuk hiking dan beberapa aktiviti lasak tetapi bertukar menajdi trip keluarga atas faktor yang tak dapat dielakkan. Tempatnya dekat saja nak jalan kaki dari stesen tren tetapi agak membukit tinggi nak heret beg troli naik ke bilik hostel. Yang sejengkat itu membuatkan kami sewa teksi ke hadapan pintu hostel. Pesan kakak, jika bawa orang tua atau kanak-kanak, sila pilih tempat rata bukan menggunung tinggi. Tapi seronok duduk sini sebab ada tempat masak berasingan Muslim / non-Muslim dan boleh basuh baju (beg ringan bawa sikit basuh siap-siap dan ulang pakai yang penting jaket luar nak kena tukar demi sekeping gambar ha! ha!). Dari segi lokasi, boleh makan The Halal Guys dan shopping sampai lebam dekat Hongdae Street. Tahun 2019. Musim Luruh (23 - 31 Oktober)
Penginapan: RM 635.50 / 8 Malam
Tiket Penerbangan Pergi-Balik: RM847.50
TOTAL = RM 1,483.00
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
🛏️ | Olive Hostel Myeongdong
Subway terdekat: Myoeongdong Exit 3/2
Hotspot: Myeongdong Night Market & Namsan Tower
Address: 38 Sogong-ro 6-gil Jung-gu Seoul South Korea
Phone: +82 10- 9111 5308
Kenapa pilih hostel ini?
Kali ini Maedi ingin mencuba tempat panas lokasi kegemaran rakyat Malaysia. Rakan pelancong selalu mencadangkan ke sini sepertinya mahu ke pasar malam hingga ke jam 2~3 pagi. Kita tunggu dan lihat!
(Gambar akan dikongsi nanti)
🛏️ | Canvas Black Hostel Busan
Subway terdekat: Dongbaek Exit 1 atau Haeundae Exit 7/5
Hotspot: Haeundae Beach & The Bay 101
Address: 14 Haeundaehaebyeon-ro 197byeon-gil Haeundae-gu Busan South Korea
Phone: +82 51-746 2183
Kenapa pilih hostel ini?
Secara tak sengaja sebab nampak sangat murah. Awalnya Maedi ingat dalam bandaraya sekitar Subway Stesen Busan. Lepas dah klik klik bayar eyyy laaa tepi pantai jauhnya sejam dari bandar. Alang-alang dah terpilih kat sini, malam-malam kita main bunga api berlantaikan pasir sambil menghayati alunan muzik lantunan ombak lah ye?
(Gambar akan dikongsi nanti)
Penginapan Seoul + Busan: RM 512.00 / 7 Malam
Tiket Penerbangan Pergi-Balik: RM1,587.40
TOTAL = RM 2,099.40.00
Love,
Maedi A.
No comments:
Post a Comment